Wednesday, 27 November 2013

If you liked Oh My English!, you'll love Oh My Ganu!

Haaaa ni rancangan pebret si kakak....dia bole igt nama watak2 dlm cite ni..mmg bijak budak sorg nih..
malam td ade movie dia..selama ni bersiri... yg mlm tadi oh my ganu..pelakon same..cuma ade add on zizan ngan izzue islam..
cite dia mmg best..pasni mmg nk tggu ulangan sbb mlm td tgk xpuas..hahaha

ibu paling suka watak jibam ngan SYS.yg lain suka gak..cume jibam ngan sys ni tlebih comel..hak3..zain as mr midleton pon best..mmg kene la dia sbagai cikgu BI..




Mudahnya Menjemput Rezeki


1st time dgr tajuk buku ni..hati meronta2..eceh..meronta2 gitteww... hahah kira teringin sgt nk baca..padahal ibu ni bukan kaki novel..paling ssh nk baca buku..novel..e book..bukan ape..malas nk duduk setempat..pgang buku..baca behari2..penyakit MALAS mmg kuat..
1 hari cakap kt en asben..teringin nk baca or beli buku tu..2 hari lpas tu en asben bg..eh macam terharu je kan..upanya en asben amek pusing gak la ape yg ibu ckp aritu..dia belikan ibu sebuah...

Selak mukasurat ptama je ibu dh rase best..mungkin sbb keadaan penulis waktu menulis buku tu same mcm keadaan ibu waktu ni..xde kerja..dan mula memikirkan tentang REZEKI..

Lepas baca 1/3 drpd buku tu..dengan yakinnya ibu cakap..x menyesal kalo ibu perlu dapatkan buku tu pada harga yg mahal..sbb buku tu mmg bermanfaat..lg skali..eceh.ayat org bniaga buku..ekkekeke
sbb ape ibu cakap bermanfaat?? sbb isinya..sgt bernilai.. ibu yg dh berumur 29 tahun ni..mula rasa kerdil tentang rezeki.. rupanya jahil pasal rezeki..igt rezeki perlu di cari..rupanya salah sama sekali! rezeki perlu di jemput..dan cara menjemput rezeki..ada dalam buku tu.. So pada korg yg sangat nk tau pasal REZEKI,,wajib dpt kan buku ni...ibu x jual..tp rase mcm nk beli banyak utk jual..sbb terngin sgt nk share bnda berguna ni kt sume org...

sdikit ape yg tertulis dlm buku ni..

APABILA KITA REDO DENGAN APE MUSIBAH YANG TERJADI PADA DIRI KTA..ALLAH AKAN GANTIKAN MUSIBAH ITU DENGAN GANJARAN YG TAK DI JANGKA!!

MasyaAllah... itu sangat benar!! Janji Allah itu Pasti..

Ujian Kemahiran berkomputer F29

Semalam ngan arini xde resepi..sbb ibu g ujian kemahiran berkomputer smlm..td plak g interview..
Ibu xdpt surat..cuma dpt call..call pon shari sbelum..dah la sehari sebelum..ptg plak tu..sok paginya dh ujian..ibu igt ujian objektif..beria beli pensel 2b..mcm zaman skola dlu..pensel 2b..pemadam..pen bagai..
hahahha skali g ujian..tu haaa.....masuk bilik makmal komputer..rupanya kene buat sistem..adeiiii pening gak la sbb sebelum ni buat web..ni kene buat sistem plak.. nak x nak..bedal je la..nasib doktor tu kasi guna ape pon software yg kita tau..kalo dia kata nk soh guna software yg dia prefer je..aaa.. mau ibu tgk je pc tu smpai abes masa..xpon angkat bendera putih..hahhaha
stat 8.30..tghari balik umah..amek ketenangan di tikar smayang..ptg smbung lagi.. anak2 tinggal kt umah x-bbysitter..lpas ujian tu doktor cakap..kalo u all rase xkonfiden ngan sistem tu..korg xyah dtg esok..so ibu pon balik dgn penuh tnda tnya..sistem ibu x perfect..bnyk sgt kekurangan..then ptg tu xde dpt call utk interview..so..ibu pon pasrah..mungkin bukan rezeki...

arini..pagi2 dah bangun baca buku MUDAHMYA MENJEMPUT REZEKI..mmg terbaik buku ni..tp entry kali ni bukan nk cite pasal buku..lpas ni akn ade entry pasal buku yg best giler tuh...
tgh2 baca tu..dapat call dr 1 num..katanya dr UTM..ibu di panggil utk interview plak..syukur...

Friday, 22 November 2013

Rainbow Cake



Bahan2:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (ibu kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (ibu alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)

Cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )
 *ibu lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah,

~ reminder utk ibu : sukatan gula - 1 1/4 cawan sahaja
~ setiap kaler lebih kurang 141gm
~ ibu lebih suka guna resipi frosting dibawah ni
~ tip  : bakar dgn suhu 15C (20 min) ~ menghasilkan kek yg tak berkerak/garing dan cantik

Resepi Krim Cheese : (boleh juga digunakan sbg frosting RV cake/cupcake)
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea (ibu tambah 125gm lg utk bg lebihkan rasa cheese)
60 grm gula icing ~ ibu guna 50gm jer
110 grm butter ~ ibu guna 100gm jer
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.


Sup Kepala Ikan





Kepala Ikan (ikn merah best)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Kulit kayu manis, bunga lawang
1 sudu besar lada hitam
Garam
Daun sup


Cara-cara :

Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris. Lada hitam ditumbuk kasar. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang dan halia hiris. Goreng hingga wangi.

Masukkan sedikit air dan biarkan air mendidih, sebelum dimasukkan kepala ikan yang sudah dipotong kecil. Bila ikan hampir masak, masukkan lada hitam dan garam. Sesuaikan rasa dan taburkan daun bawang sebelum menutup api.

Masa dihidang, boleh ditaburkan sekali lagi daun bawang dan bawang goreng jika mahu. Makan semasa panas dengan nasi panas sangat lah sedap. Mudah dan cepat disediakan.

Selamat Mencuba !

Stew Tulang

Kat peti ais banyak lagi tulang n daging masa raya korban aritu..maklum la..pak mertua buat korban..so kali ni nk cuba buat stew plak...yummyyy





 STEW TULANG

1 kg tulang ~ direbus dengan air dan garam hingga empuk
3 biji bawang Holland ~ di potong dadu halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
4 biji tomato buah ~ di dadu halus
3 helai daun Bay
1 sudu teh Pasley
1 1/2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk halus
1/2 botol sos cili
1 kiub daging
garam secukup rasa

Capsicum / lada bengala hijau dan merah ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ didadu
1 biji kentang ~ didadu
2 sudu besar kacang peas
2 pokok daun ketumbar ~ dihiris

Tulang atau daging direbus terlebih dahulu bersama air dan garam hingga empuk.
Jika guna ayam, goreng dahulu ayam separuh masak ini untuk mengelakkan ayam hancur jika tidak digoreng terlebih dahulu.
Dalam periuk berasingan, tumiskan bawang dan bawang putih hingga layur
Masukkan tomato dan masak hingga layur
Kemudian masukkan tuang bersama air rebusan tadi
Masukkan juga karot, kentang dan kiub daging
Masak hingga didih dan kentang empuk
Masukkan cili sos, lada hitam, daun bay, Pasley dan perasakan dengan garam
Biarkan kuah midih dan pekat
Tambahkan kacang peas dan capsicum
Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar
Sedia dinikmati bersama roti atau pasta

Selamat Mencuba!!

OReO CHeeSe CaKe

ha ni memang pebret!!




ReSePi : OReO CHeeSe CaKe

Bahan:-30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling:-16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - boleh ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :-
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi

Selamat Mencuba !!