Saturday, 7 December 2013

Ibu Dan Tiramisu


semalam g kelas tiramisu..beria nk g blajar buat tiramisu... sebab suka makan..tp xtau nk buat..sebenarnya simple je buat tiramisu..tp pada ibu..pergi kelas dan jmpa cikgu yg ikhlas mengajar..menjadikan ilmu tu lebih baik drpd ilmu gugel..heheh..gugel pon ok..cuma takat tu je la yg kita tau..
ni dia resepi tiramisu..


Bahan-bahan tiramisu
Whipping Cream
Cream Cheese
Biskut(ape2 je)
Gula @ susu pekat
air nescafe
That is all!!!! Mudah kan... Hehehe...

Ini ada formula mudah untuk sukatan bahan-bahan tersebut...

100 : 100 : 1

maksudnya (contoh okay!!!)

100 ml Whipping Cream : 100g Cream Cheese : 1 sudu besar Gula

Faham x?
Biasanya Whipping Cream & Cream Cheese di'pack' dalam 200g/ml atau 250g/ml, yang ada jual kat supermarket la...
Cara-cara:
1. Masukkan Whipping Cream & Cream Cheese dalam satu bekas yang sesuai. Kemudian, kacau sehingga sebati. Nasihat ibu, keluarkan dulu Cream Cheese dari peti sejuk terlebih dahulu, senang nak kacau dan mudah untuk sebati. Kalau buat dalam kadar yang banyak, ibu sarankan gunalah mixer
2. Bila dah sebati, masukkan gula sebanyak mana yang korg rasa perlu. Tapi kalau boleh ikut ratio yang ibu sarankan kat atas. Kalau tak nak manis sangat, kurangkan gula. Biasalah, orang tua tak makan bende manis-manis sangat. Lepas tu, kacau lagi sehingga gula dah sebati dengan adunan.
3. Sekarang, ambil biskut dan rendam dalam air kopi@mocca@nescafe selama 5 saat sahaja... Tak lebih tak kurang... Kita rendam biskut selama 5 saat sebab kita nak pastikan bila kita makan nanti, biskut tu tak keras.
Kemudian susun biskut tersebut di dalam satu bekas.
4. Next, ambil adunan Whipping Cream and Cream Cheese tadi dan masukkan ke dalam bekas yang berisi biskut tadi. Jangan masukkan banyak sangat. Sekadar menutup biskut tersebut sahaja..
5. Bila dah lapiskan biskut tu dengan adunan tadi, buat satu lagi layer biskut macam tadi. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan tadi. Maksudnya, buat layer biskut, kemudian letak adunan, buat layer biskut lagi, letak lagi adunan... Tak kisah la berapa layer sekali pun. Tapi biasanya 3 layer tu dah memadai....
6. Untuk layer atas sekali tu terpulang kepada korg nak buat macam mana... Seriously... ibu suka hancurkan biskut tu, then tabur atas layer terakhir...
7. Jangan makan lagi.... Better, masukkan dalam peti sejuk selama sehari... Atau setengah hari.... Atau pun... ermmm ikut la nak masukkan berapa hari pun.. Tapi better letak dalam peti sejuk dulu sebelum makan...  Kalau buat malam, esok tu boleh makan... So, kira la berapa jam.... Hehehe....
selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment