Friday, 22 November 2013

Resepi Meatball Ala IKEA

Selaku peminat meatball tegar..harus tau resepi ni..hehhe


Resepi Meatball Ala IKEA

250-300gm Daging Cincang
Bawang putih – optional
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – dlm ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – optional
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

p/s : kalau nk senang beli jer meatball jenama ape2 pn kt pasaraya..hehee..

Cara-caranya:

Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam.

Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu.

Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat.

Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.

Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.

Kalau kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit pun boleh.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la

Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.

2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.

3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.

4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .

Untuk sayuran:

Baby Carrot
Brokoli

dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais.

tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..

Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment