Friday, 22 November 2013

Rainbow Cake



Bahan2:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (ibu kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (ibu alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)

Cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )
 *ibu lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah,

~ reminder utk ibu : sukatan gula - 1 1/4 cawan sahaja
~ setiap kaler lebih kurang 141gm
~ ibu lebih suka guna resipi frosting dibawah ni
~ tip  : bakar dgn suhu 15C (20 min) ~ menghasilkan kek yg tak berkerak/garing dan cantik

Resepi Krim Cheese : (boleh juga digunakan sbg frosting RV cake/cupcake)
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea (ibu tambah 125gm lg utk bg lebihkan rasa cheese)
60 grm gula icing ~ ibu guna 50gm jer
110 grm butter ~ ibu guna 100gm jer
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.


No comments:

Post a Comment