Pengenalan tentang Okonomiyaki
Okonomiyaki merupakan sejenis makanan ringan masyarakat Jepun yang juga dikenali sebagai "Japanese Pizza" di seluruh dunia dan ditulis di dalam bahasa Jepun sebagai "お好み焼き".
Perkataan okonomiyaki ini diambil bersempena perkataan OKONOMI yang bermaksud "apa yang anda suka" atau "apa yang anda hendak".Manakala perkataan YAKI pula membawa maksud "dipanggang" atau "dimasak".Secara ringkasnya,okonomiyaki merujuk kepada "memasak apa yang anda suka".
Okonomiyaki sangat terkenal di seluruh Jepun terutamanya di kawasan Kansai dan Hiroshima.Walaubagaimanapun,terdapat sedikit perbezaan antara bahan-bahan mentah yang digunakan serta cara masak untuk okonomiyaki bagi setiap daerah bergantung kepada cara hidup masyarakat di kawasan tersebut.Okonomiyaki yang dibuat di Tokyo kebiasaannya bersaiz lebih kecil sedikit berbanding okonomiyaki yang dibuat di Kansai atau Hiroshima.
Bahan-bahan asas yang digunakan untuk makanan ini adalah tepung istimewa okonomiyaki,sos okonomiyaki,telur ayam,kobis dan inti samada daging atau makanan laut.Ada juga yang telah memvariasikannya dengan menambah keju,kimuchi(jeruk korea) dan mochi(pulut jepun).
Resepi Okonomiyaki
Bahan-bahan
* *250g tepung takoyaki - bleh ddapati d jusco section japanese food
* *2 biji telur
* *750ml air
Bahan Isi
* tako@sotong - bleh juga crab stick - potong kecil2
* kubis - cincang halus
* keropok - mcm dlm gambar.kat mesia tak tau ade ke tak
Bahan Topping
* mayonis
* sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram
* fish flakes @ ikan parut
* nori halus
Cara-cara
* Campurkan semua bahan2 *. kacau supaya tdk berketul2.
* panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit. kalau xde bleh gune acuan kuih cara.
* tuang adunan tepung ke dalam acuan.
* cepat2 masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
* tuang lagi adunan tepung menutupi semua kuih takoyaki tuh.
* balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
* dah masak angkat.
* tuang sos okonomiyaki dan juga mayonis. taburkan nori dan juga fish flakes.
* siap utk dmakan! sedap makan panas2!
Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula
Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..
Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)
Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )
Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan. Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya. Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya tu supaya garing sekata. Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan. Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi. Sedia untuk dihidangkan!