Ni la mandai.. ibu pon baru tau nama dia mandai..sbelum ni makan je tau..kalo panggil pon cakap sayur kulit cepedak je..
sedap tau mandai ni..bg org yg xtau makan..xpenah jumpa or xpenah tau..mmg pelik..yela kulit cempedak..selalu makan isi cempedak..cempedak goreng..hehe
ni cara buat mandai..
1- Keluarkan isi cempedak, kulitnya disiang/dibuang kulit mengerutu bahagian luar kemudian potong2.
2- Lepas cuci bersih, gaulkan kulit cempedak dengan garam lebih kurang 1/2 cawan untuk sebiji kulit cempedak.
3- Tekan2 / padatkan, kemudian letak sikit air panas suam. Kemudian tutup bekas, simpan dalam seminggu, lagi lama lagi bagus. Dah siap.
4- Bila nak makan, ambil sebanyak mana yang kita nak. Cuci dan ramas2 sampai air masin keluar. Toskan dan goreng garing sikit. Asingkan.
5- Racik2 bawang besar, tumbuk/potong kecil cili padi, tumis. Kemudian campurkan dengan mandai tersebut. Boleh tambah belacan kalau mahu. Nak campur ikan bilis pun boleh, tempe pun boleh ikut selera masing2. Rasanya memang mables.
makan dengan nasi panas..yummeh!!! xcukup sepinggan..