Monday, 18 November 2013

Adorable Hannah & Husna

Ini la somi hambe.. ringkas saje nk bgtau.. kenal tahun 2003..tunang tahun 2008.. kawen tahun 2009..
Ni anak pertama..nur hannah adriana..buah hati jantung pengarang intan payung kami,.

Ni anak kedua..nur husna adlina..pon same pangkat mcm kakak dia..buah hati jantung pengarang intan payung gak..xde beza kasih syg untuknya..same2 200% untuk mereka.. ;)

kenapa doh roti tak kembang?

Haaaaa..tak cuba tak tau..dah buat baru tau silap kt mana..nasib la kos nk buat roti ni tak bnyk mane.. 1st time buat..doh tak kembang..selalu tengok kt blog orang cantik je kembang.. tungu punya tunggu tak gak kembang2.. so tanya la encik gugel..
encik gugel cakap..ibu roti tu tak leh campur ngan garam rupanya..ibu ni dengan konfidennya masukkan ibu roti+garam+gula.. akibatnya segitu uli..segitu gak dia masa nk buat roti tu...tapi sebab sayang..try gak buat roti sosej tu..syukur menjadik..kembang dalam oven dia..rasa pon not bad..dh bole bukak kedai pas ni..wakakakaka

roti sosej

 Kali ni nak share resepi roti sosej pintal.



Bahan-bahan :

- 2 1/2 cawan tepung gandum
- *1 paket yis (ibu pakai brand mauripan)
- *1 sk garam
- *2 sb gula
- 1 sb mentega
- 1 sb susu sejat
- 3/4 cawan air suam
- 1 sb bread softener (ni ibu tambah, saje nak try tengok apa hasilnya)


Cara-cara :

- Masukkan bahan bertanda * kedalam air suam. Biarkan 10min.
- Masukkan air suam ke dalam tepung dan mentega.
- Uli tepung sampai jadi doh (tidak melekat. Boleh tambah tepung jika masih melekat)
- Rehatkan doh selama 45min (doh akan mengembang 2 kali ganda)
 -balut sosej

-kemudian potong mcm ni..

 -pastu bentuk kan mcm ni




taraaaaa!!!
Bole bako dah dlm oven...bakar suhu 170-180...20min api atas bawah....atau hingga masak


boleh la letak sos ngan mayonis kat atas roti tu... selamat mencuba!!!

Melty Hershey Chocolate

Ade banyak lagi yang ibu nak kongsikan bersama...tak kira la resepi atau pon sedikit ilmu yang ciput tu...tetapi insyaallah sedikit sebanyak ianya dapat membantu kawan2 yang lain...tunggu dari masa ke semasa ibu akan update entri tersebut...taknak berjanji...nanti bile dah berjanji ade pula yang tertunggu nanti...jadi tunggukan saje la kemunculannya di sini...dengan adenya gajet baru ditangan ni senang sikit la ibu nak mengupdate blog...ape motip statement tadi tu...nak menunjuk la tu...hahaha...sejujurnya takde langsung yer niat tu...tapi bile ianya satu kemudahan ape salahnya...itu pon nanti ibu nak kongsikan nanti...senang mudah dan berbaloiii...takde alasan lagi untuk tidak berblog kecuali sumpahan malas tu menguasai diri...

Melty Hershey Chocolate



Bahan A:
250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250g cream cheese
200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)

Bahan B:
Syrup coklat jenama Hershey's (nak guna yang perisa strawberi pun boleh/nutella, apa2 jenis filling)
Biskut Marie/Oreo

Bahan Hiasan:
Gula-gula M&M, coklat chips, kekacang, cheddar cheese (disagat/diparut)

Cara membuat:
*Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan susu pekat.Putar hingga rata. Masukkan pula
  UHT whipping cream. Putar lagi hingga bercampur rata.
*Ambil bekas dan cedok 1 sudu adunan cheese dan tuang ke dalam bekas.
*Susun/patah-patahkan biskut marie/oreo.
*Picit syrup Hershey dan ratakan. Tabur coklat chips. Ulang step-step dia atas sehingga habis.
*Lapisan atas sekali, tuang adunan cheese dan picit syrup hershey.
*Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti.
*Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.

Resepi Sosej Roll

Arini ni nk buat sosej roll kegemaran ibu..kakak pon suka..tp saje nk cakap kgemaran ibu..hehehe
ni resepi sosej roll



Bahan-bahan ( 4 orang )

    6 batang sosej
    6 keping roti sandwich
    1 biji telur
    1 tbsp tepung gandum + sedikit air - dibancuh
    1 1/2 cawan nestum (boleh juga guna cornflakes yang diramas skit)

Cara-cara

    1.Celur sekejap sosej dan toskan.
    2.Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis. Jika menggunakan roti yang agak kering, elok roti itu dikukus sekejap, kerana roti yang kering agak kurang cantik bila digulung.
   3. Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
 4 .  Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (jika sosej itu sudah masin, tak perlu tambah garam)
  5.  Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti diselaputi oleh telur.
  6.  Kemudian masukkan pula roti itu ke dalam nestum. Biar semuanya diselaputi dengan nestum. (Jika suka tebal, boleh diulangi dengan mencelup ke dalam telur, then ke dalam nestum lagi sekali). Ulang hingga habis.
   
    Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup dan nestum diluarnya akan hangus dan pahit). Cara ini akan menghasilkan sosej roll yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.

Panduan Senang Hamil dalam Siri Perubatan Islam


Panduan Senang Hamil dalam Siri Perubatan Islam adalah produk informasi membantu pasangan muda yang belum mendapat zuriat tetapi sudah lama berkahwin. Produk ini membantu anda menyelesaikan masalah berkaitan cara mengatasi mandul akibat gangguan jin seperti jin asyik, jin saka dan kuasa sihir.

http://salambhy.ashadee.com/go/aisyaadriana/

Belajar buat Bun, Pizza dan Pau

Ni pulak kepada sesiapa yang ingin belajar membuat roti, pizza..dan seangkatan dgnnya.. untung pandai buat roti ni..bole buat untuk anak..mak mertua..ipar duai.. kalo ade majlis adik bradik pon bole sponser pizza dan sebagainya.. cubalah!!
http://rahsiabun.ashadee.com/go/aisyaadriana/

 

Cara Pertahankan diri Wanita

Wanita diluar sana..bole dapatkan ebook cara mempertahankan diri daripada menjadi mangsa manusia-manusia tidak berperikemanusiaan di sekeliling kita

http://binaweb.ashadee.com/go/aisyaadriana/