Monday, 18 November 2013

Melty Hershey Chocolate

Ade banyak lagi yang ibu nak kongsikan bersama...tak kira la resepi atau pon sedikit ilmu yang ciput tu...tetapi insyaallah sedikit sebanyak ianya dapat membantu kawan2 yang lain...tunggu dari masa ke semasa ibu akan update entri tersebut...taknak berjanji...nanti bile dah berjanji ade pula yang tertunggu nanti...jadi tunggukan saje la kemunculannya di sini...dengan adenya gajet baru ditangan ni senang sikit la ibu nak mengupdate blog...ape motip statement tadi tu...nak menunjuk la tu...hahaha...sejujurnya takde langsung yer niat tu...tapi bile ianya satu kemudahan ape salahnya...itu pon nanti ibu nak kongsikan nanti...senang mudah dan berbaloiii...takde alasan lagi untuk tidak berblog kecuali sumpahan malas tu menguasai diri...

Melty Hershey Chocolate



Bahan A:
250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250g cream cheese
200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)

Bahan B:
Syrup coklat jenama Hershey's (nak guna yang perisa strawberi pun boleh/nutella, apa2 jenis filling)
Biskut Marie/Oreo

Bahan Hiasan:
Gula-gula M&M, coklat chips, kekacang, cheddar cheese (disagat/diparut)

Cara membuat:
*Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan susu pekat.Putar hingga rata. Masukkan pula
  UHT whipping cream. Putar lagi hingga bercampur rata.
*Ambil bekas dan cedok 1 sudu adunan cheese dan tuang ke dalam bekas.
*Susun/patah-patahkan biskut marie/oreo.
*Picit syrup Hershey dan ratakan. Tabur coklat chips. Ulang step-step dia atas sehingga habis.
*Lapisan atas sekali, tuang adunan cheese dan picit syrup hershey.
*Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti.
*Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.

No comments:

Post a Comment